Pages

Salam Maal Hijrah ♥


Assalamualaikum WBT :)



Alhamdulillah. Syukur kepada ALLAH kerana kita masih diberi-NYA peluang untuk menyambut Awal Muharram sekali lagi. Saya ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah 1433 kepada semua muslim dan muslimat. Semoga tahun baru ini, akan memberikan kita lebih keberkatan, kebahagiaan, dimurahkan rezeki, jalan untuk kita berjalan ke arah kebaikan, dan keberanian untuk kita menghadapi ujian daripada ALLAH SWT. 

Perjalanan kita baru sahaja bermula, marilah kita meningkatkan iman kita supaya kita boleh mendapatkan banyak dan jauh lebih banyak ganjaran daripada-NYA.

Saya ingin berubah ke arah kebaikan untuk selama-lamanya. Saya ingin menjadi Muslimah yang baik, Insya-ALLAH. Di sebalik menjadi seorang gadis yang kebudak-budakan, saya ingin menjadi seorang gadis yang matang. Bukannya menjadi anak yang keras kepala, malah menjadi seorang anak yang lembut hati. Dan saya berharap, ALLAH akan menganugerahkan saya seseorang yang boleh membimbing saya ke arah jalan yang lurus. Insya-ALLAH. 

Saya bukanlah seorang gadis yang baik, tetapi boleh dikategorikan dalam group yang baik jugaklah hihi. Tiada siapa yang sempurna, kan? Dan, anda semua perlu melakukan perkara yang sama seperti saya, kan? Tak salah, kan? Siapa yang ingin merelakan dirinya diseksa di neraka, kan? Malah, syurga merupakan destinasi setiap manusia :)

Jika kita nak balasan yang baik, kita mestilah beramal terlebih dahulu. Itu yang dijanjikan. Ia ialah kitarab kehidupan. Jadi, kita akan diberkati oleh-NYA. Insya-ALLAH. 

No comments:

Post a Comment