Pages

Salam Maal Hijrah ♥


Assalamualaikum WBT :)



Alhamdulillah. Syukur kepada ALLAH kerana kita masih diberi-NYA peluang untuk menyambut Awal Muharram sekali lagi. Saya ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah 1433 kepada semua muslim dan muslimat. Semoga tahun baru ini, akan memberikan kita lebih keberkatan, kebahagiaan, dimurahkan rezeki, jalan untuk kita berjalan ke arah kebaikan, dan keberanian untuk kita menghadapi ujian daripada ALLAH SWT. 

Perjalanan kita baru sahaja bermula, marilah kita meningkatkan iman kita supaya kita boleh mendapatkan banyak dan jauh lebih banyak ganjaran daripada-NYA.

Saya ingin berubah ke arah kebaikan untuk selama-lamanya. Saya ingin menjadi Muslimah yang baik, Insya-ALLAH. Di sebalik menjadi seorang gadis yang kebudak-budakan, saya ingin menjadi seorang gadis yang matang. Bukannya menjadi anak yang keras kepala, malah menjadi seorang anak yang lembut hati. Dan saya berharap, ALLAH akan menganugerahkan saya seseorang yang boleh membimbing saya ke arah jalan yang lurus. Insya-ALLAH. 

Saya bukanlah seorang gadis yang baik, tetapi boleh dikategorikan dalam group yang baik jugaklah hihi. Tiada siapa yang sempurna, kan? Dan, anda semua perlu melakukan perkara yang sama seperti saya, kan? Tak salah, kan? Siapa yang ingin merelakan dirinya diseksa di neraka, kan? Malah, syurga merupakan destinasi setiap manusia :)

Jika kita nak balasan yang baik, kita mestilah beramal terlebih dahulu. Itu yang dijanjikan. Ia ialah kitarab kehidupan. Jadi, kita akan diberkati oleh-NYA. Insya-ALLAH. 

Sasterawan Muda ?

Assalamualaikum W.B.T :)

Cube tengok tajuk entry Yun kali ni . 
Sasterawan Muda yek ? Haha tak tahan kan .
Sebenarnya , Yun dapat gelaran Sasterawan Muda . 
Sebab tahun lepas Yun ada karang satu cerpen tau .
Lepastu , Cikgu Masri masukkan cerpen Yun dalam buku Sewangi Ambar Kesturi 5 .
Dalam buku tu , semuanya hasil dari student and ex-student sekola Yun .
Memang tak rugi beli buku tu . Ada gurindam , sajak , pantun , cerpen .
Kalau korang nak beli , order jelah kat Yun hikhikhik
Tak mahal pun , RM 5 sahaja . Hehe

Rabu next week , Cikgu Masri ada buat Kursus Penulisan .
Yun masuk tau ! Yelah , nanti dapat improvekan penulisan Yun kan . 
Selain tu , nanti dapat masukkan karya Yun dalam Sewangi Ambar Kesturi 6 pulak . Hehe
Buku ni fofuler tau . Banyak sekolah order buku ni . 

Nak tengok tak hadiah yg Yun dapat tu ? 
Tengok kat bawah ni 

|
|
|
|
V


Walaupun hanya dapat tu je , tapi FEEL dy mendalam . Haha


Cube korang tengok betol betol , ade tulis Anugerah Sasterawan Muda rite :) Hehe


Pantun ni Cikgu Masri yang buat tau :)


Haaa tu jela Yun nak tunjuk . Okay tujuan Yun update entry ni bukan untuk show off tau :D

Kolej Yayasan Saad ♥

Assalamualaikum W.B.T

To all bloggers , I miss you damn much ! 
Dah lama dah Yun tak update entry dekat blog kan-3 hehe
Disebabkan hari ni tak busy , bolehlah Yun update entry ^^

Semalam , kelas Yun and 1 KRK ade rombongan ke Kolej Yayasan Saad . Tau tak kat mana tuh ? Kepada yang tak tau , Kolej Yayasan Saad nih dekat Melaka . Best gila kolej nih ! Semua student kat situ FRIENDLY ! Yang lelaki majority handsome-2 . Yang perempuan pulak semuanya cute-2 cantik-2 . Hehe Kiteorang sampai je diaorang dah sambut dengan senyuman .


Kebetulan pulak , semalam Nanyang Girls College pun ada . Comel-2 semuanya ngeh-3 . Kiteorang memang enjoy gila semalam , sampai perasaan malu hilang terus . Diaorang tarik kiteorang ajak menari kat atas pentas . Cikgu Sadini and Cikdu Faridah pun kene jugak . Lepastu , diaorang buat persembahan orchestra . Memang mantop ! Haha . Pastu , diaorang buat orchestra lagu Lady Gaga - Bad Romance , kiteorang kene menari lagi tp kat bawah pentas lah . Seronok ! >,<

Nih Izzatul and Leeza . Diaorang berposing kat swimmping pool KYS :D

Leeza merasmikan swimmping pool nih . Haha :)

Hai ! Kamilah duyung-duyung yang dalam Little Mermaid tuh :D

Lukisan nih student KYS yg lukis tau :)

Kami nak makan ! Heeee :D

Kalau korang nak tengok banyak lagi gambar , tengoklah dekat FB Yun ! :D Pendek kata KYS is the best !